News Categories

general politics economy sports community

Saturday, August 20, 2011

"Tourism Gawai" di Kampung Annah Rais 3 September


Rumah Panjang Annah Rais menjadi tumpuan pelancong asing.

Rumah Panjang Kampung Annah Rais di Padawan, 65 km dari pusat Bandar raya Kuching akan menjadi tuan rumah perayaan Gawai Dayak peringkat negeri anjuran Pelancongan Malaysia (Sarawak) dan Kementerian Pelancongan dan Warisan Sarawak.
Pengerusi penganjurnya, Edward Kurik berkata, perayaan yang yang lebih dikenali dengan nama “Gawai Pelancongan” itu akan berlangsung pada 3 September depan bertujuan untuk mempromosi kebudayaan dan tradisi masyarakat Bidayuh di kawasan Padawan.
Menurut Kurik, festival itu memberi peluang kepada pelancongan mengenali keunikan kebudayaan kaum Bidayuh serta tarian dan permainan tradisi mereka.
“Banyak kebudayaan dan tradisi kaum Bidayuh yang boleh para pelancong pelajari di festival itu nanti,” kata Kurik.
Agensi yang turut terbabit dalam penganjuran festival itu ialah Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Annah Rais.
Kurik berkata, program pertukaran kebudayaan akan turut diadakan apabila penduduk Kampung Annah Rais  menerima kunjungan tetamu mereka dari Kampung Semban.
“Kumpulan kebudayaan Kampung Semban akan turut bersama untuk mempersembahkan keunikan kebudayaan mereka yang sedikit perbezaan dengan kebudayaan penduduk Kampung Annah Rais.
Kurik berkata, persembahan kebudayaan akan diadakan pada sebelah petang sementara konsert oleh artis-artis tempatan akan berlangsung pada sebalah malam, 3 September.
Katanya, festival itu akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Dr James Dawos Mamit dan akan turut dihadiri semua wakil rakyat kaum Bidayuh.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chatbox

 
Powered by Blogger