News Categories

general politics economy sports community

Friday, May 7, 2010

Angeline wanita Kayan pertama dilantik Setiausaha Politik KM

Angeline Umih Tujok dari Belaga menempa sejarah apabila menjadi wanita kaum Kayan yang pertama dilantik sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri.

Angeline, 51, telah lama berkecimpung dalam politik sejak menyertai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) sehinggalah penubuhan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Beliau yang fasih bertutur dalam bahasa Iban, Melayu, Mandarin dan Kenyah selain Kayan pernah bertugas sebagai anggota Majlis Daerah Kapit dari 1982 hingga 1986.

Sebelum ini Ketua Wanita PRS Doris Brodie dilantik sebagai senator.

Dengan pelantikan itu, PRS kini mempunyai tiga Setiausaha Politik, iaitu Datuk Wilfred Rata Nisson daripada kaum Bidayuh dan Wilson Nyabong.

Angeline akan memulakan tugasnya pada 15 Mei ini.


Read full article>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chatbox

 
Powered by Blogger