News Categories

general politics economy sports community

Saturday, August 20, 2011

Pandelela selamat maruah negara

Aksi terjunan Pandelela Rinon
Komitmen dan disiplin yang tinggi mampu meletakkan penerjun negara Pandelela Rinong di tahap kejayaannya sekarang, kata pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Francis Nyurang Ding.

Penerjun berusia 19 tahun dari Kampung Jugan, Bau itu mengakhiri penantian enam hari kontinjen negara untuk mengutip pingat pertamanya di Sukan Universiti Dunia 2011 (Universaide) di Shenzhen pada Khamis.

Pandelela mempamerkan persembahan terbaiknya dalam acara 10m platform individu wanita untuk merangkul pingat perak dan dalam proses itu muncul sebagai penerjun pertama Malaysia untuk naik ke podium di Universiade.

Pandelela mencatatkan 381,75 mata untuk berada di belakang penerjun dari Mexico, Paola Espinosa yang juga jara dunia pada tahun 2009, yang memenangi pingat emas dengan kutipan 385,25 mata.

Ia mungkin kutipan emas untuk Malaysia tetapi Pandelela melakukan kesilapan pada terjunan kedua tetapi kembali memperbaiki persembahannya pada terjunan dalam terjunan ketiga (78,40) dan keempat (84,80).

"Ia adalah satu lagi pencapai cemerlang daripada Pandelela dan bagi saya gadis itu memiliki komitmen dan tahap disiplin yang sangat tinggi.

"Itulah kekuatannya dan saya amat berbangga dengan pencapaiannya itu," kata Nyurang, dan menambah bahawa beliau gembira kerana usaha MSNS menggilap atlet itu menghasilkan kejayaan yang membanggakan.

Menurut Nyurang, pencapaian berterusan Pandelela membuktikan bahawa atlet itu mempunyai segalanya untuk bersaing dalam acara sukan bermutu tinggi itu.

Nyurang turut memuji pencapaian seorang lagi penerjun dari Sarawak, Bryan Nickson Lomas yang menduduki tempat kelima dalam 3m papan anjal pada Rabu lalu.

"Kedua-dua mereka (Pandelela dan Bryan) telah menunjukkan persembahan yang konsisten dan harus dicontohi oleh atlet-atlet Sarawak yang lain.

"Saya berharap lebih ramai lagi atlet dari Sarawak akan mengikuti jejak langkah Pandelela dan Bryan untuk cemerlang di pentas antarabangsa," kata Nyurang.

Ditanya sama ada Sarawak mempunyai penerjun pelapis untuk mengganti Pandelela dan Bryan apabila kedua-dua penerjun itu bersara, Nyurang berkata: “Kita mempunyai ramai penerjun muda berpotensi tetapi tahap mereka ketika ini masih terlalu jauh berbanding Pandelela dan Bryan.”

Katanya, penerjun-penerjun terbabit menjalani latihan di bawah program pembangunan sukan berprestasi tinggi MSNS dan di Bukit Jalil di bawah kendalian Majlis Sukan Negara (MSN).

"Mereka masih memerlukan masa untuk memperbaiki persembahan masing-masing dan mudah-mudahan di antara mereka akan muncul penyelam berkaliber seperti Pandelela dan Bryan," katanya.

Pandelela mengesahkan pingat perak milik Malaysia dengan 76,80 mata.

Pandelela, yang telah layak awal untuk Sukan Olimpik London dalam acara yang sama di Kejohanan Dunia di Shanghai bulan lepas, gembira kerana Berjaya memenangi pingat pertama bagi Malaysia.

Pandela sebelum berlepas ke Shenzhen pernah menyatakan bahawa dia tidak meletakkan sasaran pingat pada kerana menyangka ia akan menjadi sukar disebabkan kebanyakan penerjun yang mengambil bahagian pada Kejohanan Dunia terus berada di China untuk mempersiapkan diri untuk Universaide.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chatbox

 
Powered by Blogger