News Categories

general politics economy sports community

Wednesday, June 2, 2010

Datuk Richard Riot terima hadiah Gawai Dayak


Terima kasih kepada Perdana Menteri dan tahniah kepada Datuk Richard Riot atas pelantikan beliau ke dalam kabinet persekutuan sebagai Timbalan Menteri Luar, fortfolio yang amat penting pada 1 Jun lalu.

Sesungguhnya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib cukup tahu masa yang sesuai untuk mengumumkan rombakan kabinetnya – iaitu 1 Jun, hari masyarakat Dayak di Sarawak menyambut Hari Gawai Dayak, iaitu pesta selepas menuai padi.

Dan, pelantikan Datuk Richard yang merupakan seorang Ahli Parlimen berketurunan Bidayuh sesungguhnya adalah hadiah Gawai Dayak yang amat berharga bagi Datuk Richard dan s eluruh masyarakat Bidayuh yang sedang meraikan sambutan Gawai Dayak.

Ahli Parlimen Serian itu sememangnya cukup layak untuk menerima pelantikan itu memandangkan beliau sudah menjadi Ahli Parlimen bagi kerusi Serian selama lima penggal, sejak bersama Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) sehingga menyertai SUPP.

Dengan pelantikan beliau, masyarakat Bidayuh kini diwakili dua orang timbalan menteri di dalam kabinet persekutuan. Seorang lagi ialah Datuk Dr James Dawos, yang dilantik Timbalan Menteri Pelancongan.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, ketua Menteri dan presiden SUPP, Datuk Richard menyifatkan pelantikan beliau kerana kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bahagi pengundi kawasan Parlimen Serian sepanjang beliau menjadi wakil rakyat mereka,” katanya.

“Saya akan berusaha gigih untuk memenuhi kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Datuk Patinggi Dr Chan dan rakyat di kawasan saya,” begitulah janji Datuk Richard.

Masyarakat Bidayuh sesungguhnya berharap Datuk Richard akan mempergunakan kehadirannya dalam kabinet, jawatan dan pengaruh beliau untuki meneruskan khidmat baktinya kepada masyarakat Bidayuh.

Masyarakat Bidayuh berharap sangat Datuk Richard akan menjadi lain daripada menteri-menteri Bidayuh yang ada dalam Kabinet persekutuan dan negeri. Harapan masyarakat Bidayuh adalah Datuk Richard akan menyumbangkan khidmat baktinya untuk memajukan masyarakat Bidayuh yang selama ini jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain.

Saya cukup menyokong kenyataan Dato’ Sri Dr James Masing Jemut yang mengatakan bahawa pelantikan Datuk Richard itu membawa tanggungjawab negara yang cukup mencabar.

Menurut Dr Masing pelantikan Datuk Richard sebagai Timbalan Menteri Luar bukan seperti ikon artis mencari glamour, tetapi sebagai pemimpin negara yang di atas bahunya digalas banyak tanggungjawab dan tugas yang sangat berat.

Semoga beliau tidak akan mengecewakan masyarakat Bidayuh!

Posted by ANAK BIDAYUH!

Read full article>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chatbox

 
Powered by Blogger