News Categories

general politics economy sports community

Wednesday, December 1, 2010

PKR sudah ada calon untuk kerusi Bengoh

KUCHING:Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan sudah menentukan siapakah calonnya untuk bertanding merebut kerusi N16 Bengoh pada pilihan raya negeri akan datang, malah bakal calon itu telah pun bergerak secara senyap-senyap ke kawasan berkenaan.

Bakal calon PKR itu ketika dihubungi mengesah beliau sudah bergerak dan berharap untuk selesai melawat/berkunjungi ke semua kampung dan tempat di kawasan itu sebelum pilihan raya negeri diadakan.

"Memang benar saya berminat untuk bertanding dan kalau pencalonan saya disahkan pucuk pimpinan parti saya akan bertanding atas tiket PKR atau Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Beliau merupakan seorang anak watan dari sebuah kampung di Jalan Puncak Borneo dan berusia 38 tahun.

Ketika ini beliau bertugas di Kuala Lumpur dengan sebuah syarikat multi-national.

Selain PKR, SUPP dijangka turut mempertahankan kerusi itu, tapi belum ada kata putus siapakan calonnya walaupun sebelum ini Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan berkata bahawa semua ADUN parti itu akan dikekalkan pada pilihan raya negeri akan datang.

And here is the rest of it.
Read full article>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chatbox

 
Powered by Blogger