News Categories

general politics economy sports community

Wednesday, January 20, 2016

SAINGAN SENGIT DIJANGKA DI LAPAN KERUSI BIDAYUH, CALON LANGSUNG BN DIJANGKA DALAM PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK

PERSAINGAN sengit dijangka berlaku di lapan kerusi Dewan Undanan Negeri Sarawak yang majoriti pengundinya berketurunan Bidayuh pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
Lapan kerusi berkenaan ialah Mambong (sebelum ini dikenali sebagai Bengoh), Tarat, Kedup,Tebedu, Tasik Biru, Opar dan dua kerusi baharu, iaitu Serumbu dan Bukit Semuja.

Malah parti pembangkang seperti DAP dan PKR turut sama menyatakan minat untuk meletakkan calon masing-masing di kerusi-kerusi berkenaan, namun pemerhati politik menjangka Barisan Nasional (BN) mampu menyapu bersih.

Ada yang berpendapat kemungkinan akan berlaku persaingan sesama calon BN di lapan kerusi terbabit, menyebabkan akan wujud calon yang ditaja oleh parti tertentu.

Ada juga berpendapat sekiranya Parti Bersatu Rakyat (UPP) dan Parti Tenaa Rakyat Sarawak (Teras) tidak diterima masuk ke dalam BN, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem selaku pengerusi BN Sarawak berkemungkinan akan memilih calon berkriteria boleh menang – maknanya menjadi calon langsung BN tanpa mewakili mana-mana parti komponen BN untuk bertanding di  kerusi Mambong, Opar, Tasik Biru, Serumbu dan Bukit Semuja.

Adenan sudahpun mengumumkan bahawa kerusi Tarat, Tebedu dan Kedup yang merupakan kerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan dipertahankan oleh penyandang ADUN masing-masing, iaitu Datuk Roland Sagah Wee Inn (Tarat), Datuk Seri Michael Manyin Jawong (Tebedu) dan Martin Ben (Kedup).

Bagaimanapun sehingga kini belum jelas siapakah calon BN di  Mambong, Opar, Tasik Biru, Serumbu dan Bukit Semuja.

Penyandang bagi kerusi Mambong ialah Datuk Dr Jerip Susil, Ranum Mina (Opar) dan Datuk Peter Nansian Nguse (Tasik Biru).

Selain penyertaan parti pembangkang, perpecahan yang berlaku dalam dua parti komponen BN, iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Proresif Sarawak (SPDP) akan turut merumitkan keadaan buat BN berikutan minat UPP dan Teras untuk meletakkan calon masing-masing di kerusi yang sama.

Ada juga yang berpendapat sekiranya calon langsung BN digunakan pada pilihan raya kali ini, maka Dr Jerip yang merupakan timbalan presiden UPP serta popular di kalangan pengundi akan dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Mambong dan beliau dijangka ditentang calon DAP dan PKR.

Menurut sumber itu, kemungkinan Dr Jerip akan turut ditentang oleh ‘calon gelap’, iaitu calon bebas berkemungkinan dipasang oleh parti yang tidak berpuas hati.

Profesor Bersekutu di Jabatan Politik dan Pengajian Hubungan Antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Ahi Sarok berpendapat situasi politik Sarawak sekarang memungkinkan Adenan memutuskan untuk meletakkan calon langgsung BN di kerusi-kerusi yang menjadi rebutan antara SUPP and UPP, dan antara SPDP dan Teras.

Beliau jugga berpendapat BN perlu membenarkan SUPP meletakkan calonnya bertanding di kerusi Mambong dan menumpukan usaha memenangi semula hati pengundi Cina.

Katanya, SUPP mempunyai calonnya yang berpotensi yang mampu memenangi kerusi Bengoh pada pilihan raya akan datang.

Dalam pada itu, katanya UPP mengharap untuk menggunakan logo BN untuk membantu calonnya menangi kersi berkenaan tetapi mempersoalkan apa yang mampu disumbang oleh UPP kerana ia tidak dalam kerajaan (tidak dalam BN).

Menurut Ahi, dalam perjanjian perkongsian kuasa antara parti komponen dalam BN bilangan kerusi yang diperuntukkan kepada empat parti komponen, iaitu PBB, SUPP, PRS dan SPDP telahpun ditentukan.

“Parti-parti komponen juga turut bersetuju bahawa penerimaan masuk mana-mana parti baru ke dalam gabungan BN mesti dipersetujui sebulat suara oleh kesemua parti komponen,” katanya.

“Mengikut sejarahnya kerusi Bengoh (sekarang Mambong) secara tradisinya adalah kepunyaan SUPP, menyaksikan wakil rakyat pertama SUPP di kerusi berkenaan adalah mendiang Segus Anak Ginjai.

“Sejak itu Bengoh telah menjadi antara kubu kuat SUPP dan sehingga kini sokongan di peringkat akar umbi masih kuat terhadap SUPP.

“SUPP sudah menjadi rakan komponen dalam BN untuk sekian lama dan selama ini telah membuktikan bahawa ia boleh bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam BN untuk membawa pembangunan ke kawasan berkenaan,” katanya.

Ahi berpendapat walaupun bilangannya kecil tetapi masyarakat Bidayuh selama ini telah bersatu dalam menyokong BN, tetapi mempersoalkan apakah dengan memberi kerusi-kerusi berkenaan kepada UPP dan Teras akan memperkuatkan kedudukan BN dan wakil Bidayuh dalam kerajaan akan bertambah kerana kedua-dua parti itu di luar BN.

Beliau percaya langkah berkenaan boleh melemahkan BN dan perwakilan masyarakat Bidayuh dalam BN dan kerajaan kerana setakat ini belum ada sebarang keputusan untuk menerima UPP dan Teras ke dalam gabungan BN.

Sementara itu, di kerusi Tasik Biru yang menjadi rebutan antara SPDP dan Teras dijangka dipertahankan oleh Nansian yang merupakan penyandang dan timbalan presiden Teras.

SPDP bagaimanapun terus menuntut kerusi berkenaan dan mempunyai tiga calon berpotensi, malah tuntutan mereka turut mendapat sokongan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Setiausaha agung PRS Datuk Wilfred Rata Nissom telah dikecam oleh Teras kerana menyatakan sokongan terbuka kepada SPDP untuk meletakkan calonnya di kerusi Tasik Biru.

Ketua SPDP cawangan Tasik Biru, Michael Siten ketika diminta mengulas mempertahankan Nissom sambil beliau menyifatkan tindakan Teras sebagai tidak masuk akal kerana menyalahkan PRS menyokong SPDP yang merupakan komponen BN.

Menurut Siten, sebaliknya pemimpin-pemimpin Teras telah mengelirukan rakyat di Tasik Biru kerana mendakwa calonnya akan bertanding mewakili BN di Tasik Biru pada pilihan raya akan datang.

Siten bagaimanapun menyatakan bahawa Nansian berhak untuk bertanding mempertahankan kerusi Tasik Biru yang dimenanginya semasa menjadi calon SPDP-BN pada pilihan raya lepas tetapi bukan sebagai calon BN pada pilihan raya akan datang.

Sementara sumber menyatakan penyandang kerusi Opar Ranum Mina akan turut dinamakan sebagai calon langsung BN  di kerusi berkenaan dan beliau dijangka dicabar calon DAP dan PKR dan berkemungkinan calon bebas.

Kerusi Serumbu (kerusi baharu) turut menjadi minat beberapa parti dan calon dan persaingan di kerusi berkenaan dijangka tidak kurang sengitnya.

Setakat ini empat calon yang menyatakan minat untuk bertanding, iaitu seorang seorang pembantu khas seorang timbalan menteri persekutuan, pesara pegawai kanan polis dan seorang peguam.

Sementara di kerusi Bukit Semuja, bekas ADUN Kedup dari PBB Federick Bayoi secara terbuka menyatakan minatnya untuk bertanding atas tiket BN-PBB tetapi setelah permintaan beliau itu ditolak oleh pucuk kepimpinan PBB, Bayoi telah mengumumkan dirinya keluar meninggalkan PBB beberapa hari lepas.

Bekas ketua publisiti PBB Datuk Peter Minos berpendapat persaingan dijangka sengit di semua lapan kerusi yan pengundinya majoriti Bidayuh tetapi yakin pengundi Bidayuh akan tetap memihak kepada BN DAN BN tidak akan berhadapan masalah yang besar untuk menyapu habis kesemua kerusi Bidayuh.

Katanya, masyarakat Bidayuh yang sebelum ini merupakan penyokong kuat kerajaan BN pastinya akan mengulangi sokongan besar kepada BN pada pilihan raya akan datang.

Beliau yang telah dilantik mengetuai jawatankuasa publisiti PBB untuk pilihan raya negeri akan datang yakin Adenan mampu untuk menyelesaikan isu pembahagian kerusi di kalangan parti komponen BN serta isu membabitkan UPP dan Teras sebelum pilihan raya. 

    

Read full article>>

Monday, November 2, 2015

Swinburne students at Ma'asa Eco-Tourism & Event Centre

A group of Swinburne University students from Sri Lanka, Germany, Greece and Kenya stayed at Ma'asa Eco-Tourism & Event Centre (farm house) located near Kampung Semadang, Jalan Puncak Borneo, about 40 kilometres from Kuching City on Oct 31 and Nov 1.

During they stay there, these students has the first hand experience learning how to cultivate pepper from a local pepper farmer Henry Ta-o Anak Bunan. They were also shown how to process pepper berries to become black and white pepper.

For those interested to stay at the farm houses at Ma'asa Eco-Tourism & Event Centre can contact Robert Kenneth on 0132036552 for booking and arragement.





Read full article>>

Sunday, September 21, 2014

VILLAGERS HOLD DEMONSTRATION OVER ILLEGAL LOGGING


KUCHING, Sept 21 -– Villagers of Kampung Semadang at the 38km Jalan Puncak Borneo near here held a peaceful demonstration to protest illegal logging activities on their communal land forest.
 
They also protested the use of the 2.5km Kampung Semadang-Kampung Danu Road by a logging
company to facilitate movement of its machineries and transportation of logs.

Village chief, Samson Mangang said during a meeting today, the village’s development and
security committee and the villagers unanimously agreed to protest any form of illegal logging in
the forest.

He said they would prevent any vehicle or machinery from the logging company from passing
through the road and encroaching their land.

He said that on Friday, two of the logging company's machineries was seen entering the  intended logging area, via the newly-built road.

"The road is built for the convenience of the villagers and not for logging purposes,” said Samson, adding that several land owners had given away their land for the construction of the road  without any compensation paid to them so far.

Samson said the transportation of logs passing through the road would damage the road and pose
danger to other road users and the villagers.

He said, the logging activities would also pollute the rivers around the area as well as causing air pollution.

A check with the Forestry Department confirmed that there was no licence issued for logging activities in the area.

Kampung Semadang headman Samson Mangang (centre) joining the villagers during the demonstration.
Meanwhile it is believed that enforcement officers has questioned those individuals involved in brokering the logging activities.

At today's meeting the villagers also unanimously agreed to write to the State Land and Survey Department to stop the approval of the land area for the proposed Kampung Danu Palm Oil
Plantation as there are land disputes within the proposed plantation's area.

"We had discovered that quite a large area of our communal land are being encroached for the proposed oil palm plantation and we want to settle the matter first before the Land and Survey
can grant the approval," said Samson.
 


Read full article>>

Saturday, July 19, 2014

Australian students stayed with Danu Villagestay

A group of eleven Australian students who are on their 6-month study programme at Swinburne University Sarawak Campus spent three days two nights with Danu Villagestay in Kampung Danu, Padawan last weekend.

During their stay here varoius fun-filled activities and tours were arranged to keep them busy and occupied whole day long.

On the first day they visited Kampung Annah Rais Longhouse and the hotspring near the longhouse.

Upon returning from the longhouse trip they went swimming in the upper Sarawak River.

In the evening they were served with the traditional local signature dishes - the famous bamboo rice and bamboo chicken.

Some of the vegetables served are from our own farm and some are collected from the surrounding jungle.

At night they entertained themselves with karaoke.

On the second day they visited the Keyu Cave situated about 30-minute walk from Kampung Danu and bathed at a nearby waterfall.

Along their way they had the chance to spot the flora and fauna, enjoy the beauty of the tropical rainforest, learn the traditional way of survival skill in the jungle, identify the herbs and its usage in natural healing,

birds and wildlife watching and feel the calm in the jungle.

At night the group travelled to Kampung Semadang (nearby village) to attend the closing of Gawai Festival (harvest festival) where they had the opportunity to see for themselves the Gawai rituals.














They were served with food and drinks and also joined the traditional Bidayuh dance and poco-poco.  

They also had the opportunity to learn how to cook bamboo rice and bamboo chicken from their host, Robert Kenneth and his wife. They were also served with other local sumptuous dishes.

"It taste sweet, juicy and tasty - simply delicious," said Jessica McDonnell, who came from Lockhart, New South Wales.

She said the rice wrapped in leave and the 'buah cempedak masak lemak' was delicious.

"I also like the pumpkin, it is delicious," she commented.

They also had a barbicue where they for the first time tasted the pig face barbicue (head).

"It's crispy and delicious," they commented.









 "Overall we enjoyed the activities and the tours. We will definitely tell our experience to my family members and friends back home in Australia,"  they all said.

Jessica said she also intend to bring along his family members to visit Sarawak in the future.


Read full article>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chatbox

 
Powered by Blogger