News Categories

general politics economy sports community

Friday, December 17, 2010

Gelora di kawasan Bidayuh

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) semakin terdesak sekarang.

ADUN Bengoh YB Dr Jerip Susil daripada SUPP kini terpaksa bekerja keras.

Setiap hujung minggu beliau mengadakan majlis makan malam bersama orang dan kumpulan tertentu bagi menagih sokongan menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa (sebelum Julai tahun depan.

Sebelum ini beliau telah mengadakan jamuan makan malam bersama anggota-anggota Rela di kawasan Penriseen dan Padawan, bersama graduan Bidayuh dan pada Sabtu ini (18 Disember) beliau akan bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (AJKKK) di kawasan pilihan raya beliau. Majlis itu akan berlangsung di dewan serbaguna Tapah.

Bagaimanapun, pencalonan YB Dr Jerip dikatakan belum pasti kerana timbul desas-desus beliau mungkin diganti dengan calon lain walaupun sebelum ini presiden parti Tan Sri Dr George Chan berkata semua penyandang kerusi akan dikekalkan.

Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan akan mempertaruhkan seorang anak watan dari Kampung Bratan, Penriseen untuk merampaskan kerusi itu daripada SUPP.

Manakala sumber berkata seorang akauntan dari Penrisesen akan direkomen kepada pucuk kepimpinan SUPP dan BN sekiranya YB Dr Jerip tidak dicalonkan semula.

Manakala di DUN Tarat penyandang kerusi itu daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) YB Roland Sagah juga gusar dengan dua kemungkinan.

Kemungkinan pertama,timbul desas-desus beliau akan digugurkan pada pilihan raya akan datang dan diganti dengan calon lain.

Desas-desus kedua beliau akan dicabar calon PKR, seorang jurutera dari Padawan.

Bagi kerusi Kedup desas-desus mengatakan penyandang kerusi dari PBB YB Frederick Bayoi akan digugurkan dan akan diganti oleh Dr Eric Munjan, walaupun Bayoi telah berulang kali menyatakan kesediaan beliau bertanding semula.

Ramai mengatakan YB Bayoi sudah terlalu lama berkhidmat di kawasan itu dan sudah sampai masanya beliau mengundur diri bagi memberi laluan kepada calon yang lebih muda dan lebih dinamik.

Di kerusi Tebedu, penyandangnya Dato Sri Michael Manyin berkata beliau akan bertanding untuk mempertahankan kerusi itu, dan peluang beliau amat cerah untuk dicalonkan semula.

Walaupun berkata bahawa beliau mempunyai sokongan yang kuat daripada pengundi di kawasan itu, namun masyarakat Bidayuh pada keseluruhannya kurang berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh beliau selaku seorang menteri kabinet daripada kaum Bidayuh.

Beliau dituduh lemah dan gagal dalam memperjuangkan nasib dan kepentingan masyarakat Bidayuh.

Kata mereka, Manyin kurang berani memperjuangkan kaum Bidayuh dan sering mengucapkan kata-kata seperti: "Kita serahkan kepada ketua menteri untuk membuat keputusan" atau "....ia adalah hak mutlak ketua menteri".

Di kerusi Opar yang diwakili YB Ranum Anak Mina daripada SUPP bagaimanapun kurang berbunyi, namun masyarakat di situ tidak berpuas hati dengan SUPP walaupun mereka menyukai YB Ranum untuk terus mewakili mereka.

YB Ranum kemungkinan akan berhadapan calon PKR yang berasal dari kawasan itu, yang berketurunan Selakau Lara.

Di Tasik Biru, penyandang kerusi itu YB Datuk Peter Nansian Ngusie dikatakan berkemungkinan tidak akan dicalonkan untuk mempertahankan kerusi itu. Beberapa nama telah disebut sebagai pengganti beliau termasuk seorang ahli perniagaan daripada kaum Bidayuh di kawasan itu.
Read full article>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chatbox

 
Powered by Blogger