News Categories

general politics economy sports community

Friday, May 6, 2011

Awas muslihat Awang Hitam jadikan gadis Malaysia keldai dadah

PENINGKATAN bilangan wanita Malaysia yang ditahan di luar negara kerana menjadi mangsa Awang Hitam dalam aktiviti pengedaran dadah sudah sampai ke tahap yang sangat membimbangkan.

“Awas jangan mudah terpedaya dengan jani-janji manis atau diperalatkan oleh Awang Hitam yang semakin ligat menjadikan gadis Malaysia sebagai orang suruhan mereka dalam kegiatan pengedaran dadah,” katanya Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem.

Menurut Riot, pada tahun ini sahaja, iaitu dari Januari hingga akhir Mac seramai 11 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana didapati membawa dadah, dan dipercayai diperalatkan oleh orang Awang Hitam terbabit.

Katanya, golongan yang menjadi mangsa adalah gadis muda di pusat pengajian tinggi serta gologan ibu tunggal.

“Saya bukan berkata yang semua Awang Hitam itu jahat tapi hakikatnya semua kes yang membabitkan wanita Malaysia ada kaitan dengan pengaruh orang-orang berkenaan

Riot berkata, beliau juga membuat kenyataan itu kerana tidak mahu wanita-wanita muda negara ini terperangkap dengan orang berkulit hitam itu.

“Biasanya mereka berkawan dengan gadis tempatan untuk beberapa seketika dan membuat janji-janji manis untuk membawa mereka melancong ke luar negara.

“Tapi niat mereka adalah untuk menjadikan gadis kita sebagai keldai dadah, iaitu mempergunakan mereka untuk mengedar dadah.

“Aabila sampai di luar negara, wanita kita ditangkap kerana tanpa mereka sedari bahawa sebenarnya di dalam beg yang mereka bawa diisi dengan dadah,” kata Riot.

Menurut Riot lagi, biasanya, yang menjadi mangsa adalah pelajar-pelajar wanita di institusi pengajian tinggi swasta.

Mengulas kes seorang gadis Iban dari Betong yang ditahan di China pada 11 Mac lalu kerana menelan 100 pil dadah, Riot berkata, pelajar berkenaan kini ditahan di pusat tahanan di Guangzhou, China sementara menunggu perbicaraan kesnya.

“Jumlah dadah yang ditelan wanita itu agak banyak dan peluang untuk dia dilepaskan daripada hukuman adalah tipis,” katanya.

Riot berkata, beliau telah berhubung dengan kosul Malaysia di Guangzhou, China dan berkata gadis berusia 22 tahun itu kini ditahan di sebuah pusat tahanan sementara menungggu perbicaraan kesnya.

“Saya dimaklumkan oleh konsul Malaysia di Guanzhou yang kes pengedaran dadah yang sebanyak itu biasanya membawa hukuman mati,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pihak konsul Malaysia sedang berusaha untuk membantu gadis Iban yang menjadi mangsa keldai hitam itu.

Riot menjelaskan bahawa gadis Iban itu mengenali leleki berkulit hitam itu menerusi facebook sehingga terpengaruh dengan pujuk rayu dan janji-jani manis lelaki berkenaan.

Katanya, kes ini agak berbeza kerana gadis terbabit bersetuju secara sukarela menelan pil-pil dadah berkenaan dengan hanya berpandu kepada arahan yang diberi lelaki Negero terbabit menerusi laman social facebook.

“Lelaki Negero terbabit tidak bersama mangsa semasa mangsa menelan pil dadah itu. Saya kurang faham kerana gadis terbabit boleh terpengaruh dengan kemahuan lelaki terbabit,” tambah Riot.

Pada September tahun lalu, seorang pelajar wanita di sebuah politeknik di Matang turut ditahan di China kerana didapati membawa dadah.

Riot berkata dari tahun 1991 hingga Mac 2011 seramai 1,880 rakyat Malaysia ditahan dan sedang menjalani hukuman penjara di luar negara, sambil beliau mernyifatkan angka berkenaan sebagai menakutkan.
Read full article>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chatbox

 
Powered by Blogger