News Categories

general politics economy sports community

Saturday, December 18, 2010

Kejohanan Bola Sepak SPDP sampai ke kemuncak

KUCHING: Bravo FC dari Kampung Mambong muncul juara Kejohanan Bola Sepak Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Mambong dengan menewaskan pasukan SPDP Kampung Tabuan Rabak pada pertandingan akhir yang berlangsung di padang Kampung tabuan Rabak dekat sini, baru-baru ini.
Gol kemenangan pasukan Bravo FC dijaringkan oleh Oscar Ivan pada minit ke-34 setelah berjaya merembat masuk bola ketika berlaku pergelutan di depan pintu gol pasukan SPDP Kampung Tabuan Rabak.
Perlawanan pada separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan lebih suka bertahan, namun sebaik babak kedua bermula pasukan Bravo FC terus melancarkan serangan pantas sehingga berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-34.
Pasukan SPDP Kampung Tabuan cuba bangkit dengan melancarkan beberapa serangan ke depan pintu gol Bravo FC, namun gagal untuk mendapatkan gol penyamaan.
Tempat ketiga disandang pasukan NB FC dari Kota Samarahan sementara tempat keempat ialah pasukan SBU FC.
Sebanyak 22 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dimainkan secara kalah mati itu.
Pegawai Perhubungan SPDP Bahagian Kuching Kapten Zainuddin Tan Sri Hamdan Sirat menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang.
Pertandingan itu adalah antara beberapa acara sukan dan aktiviti rekreasi yang diaturkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi SPDP Mambong (Resdemop) untuk golongan belia di kawasan pilihan raya Parlimen Mambong yang merangkumi dua kawasan Dewan Undangan Negeri, iaitu Bengoh dan Tarat.
Sementara itu, Resdemop turut mendermakan 15 tan pasir bagi membaiki padang bola sepak Kampung Tabuan Rabak.
Read full article>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chatbox

 
Powered by Blogger