News Categories

general politics economy sports community

Tuesday, August 31, 2010

Unimas tidak ambil tindakan terhadap Dr Jeniri kerana ulasan kenyataan Taib

KETUA Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mamhud baru-baru ini membuat kenyataan 
yang beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri dan rakyat untuk menentukan sama ada 
beliau perlu bertanding semula pada pilihan raya negeri Sarawak akan atau tidak.
Apa lagi berlumba-lumbalah pemimpin Barisan Nasional dari peringkat ranting, bahagian, 
cawangan hingga ke ahli-ahli majlis tertinggi parti-parti komponen BN di Sarawak membuat 
kenyataan meminta Taib jangan undur diri.
Namun, pemerhati-pemerhati politik di Sarawak termasuk dari dalam BN sebenarnya mahu 
Taib mengundur diri. Ada antara mereka membuat kenyataan dengan berkata meminta Taib 
terus memimpin BN Sarawak, tapi itu sekadar untuk disiarkan di dalam akhbar sebab 
pemberita di Sarawak sememangnya mengejar berita-berita seperti itu, terutama golongan 
pemberita yang mentah politik.
"Ah! buat saja boss saya suruh, saya hanya makan gaji saya," begitulah bunyi seorang 
pemberita mengenai laporannya yang menemu bual beberapa orang menteri kabinet negeri 
Sarawak dan pemimpin-pemimpin parti komponen BN.
Namun, tidak seorang pun antara pemberita akhbar berbahasa Inggeris dan bahasa Melayu
di Sarawak yang bertanya pendapat pemimpin parti pembangkang. 
Pemimpin-pemimpin parti komponen BN di Sarawak, khususnya anggota Kabinet mana ada 
yang berani membuat kenyataan seperti "sudah masanya Taib mengundur diri' kalau ada 
pun mereka sering berkata "off the record" - makna tidak mahu kenyataan mereka itu 
disiarkan dalam akhbar.
Setakat ini hanya pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri 
Amir yang berani tampil mengulas kenyataan Taib itu. Kerana itu ada pula 'tukang 
kipas' yang membidas Dr Jeniri. 
Tapi Dr Jeniri Selamat sudah kerana Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) tidak akan 
mengambil sebarang tindakan terhadap Dr Jeniri kerana mengulas mengenai masa depan 
politik Taib.
Naib Canselor Unimas Profesor Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata ia disebabkan 
pihak universiti berpendapat ulasan itu merupakan pendapat peribadi Dr Jeniri.
Katanya,universiti itu tidak akan menghalang mana-mana petugas akademiknya daripada 
membuat kenyataan memandangkan langkah itu sama seperti mengehadkan wacana intelek 
yang dapat memanfaatkan dunia akademik dan masyarakat secara keseluruhan.
    "Kami ingin menjelaskan bahawa kenyataan oleh Dr Jeniri itu semata-mata
pendapat peribadi beliau berhubung perkara berkenaan.
    "Ia tidak mewakili, dalam apa cara sekali pun, pendapat universiti," katanya
pada sidang akhbar di Kuching semalam.
    Dr Khairuddin memberi reaksi kepada analisis berita Bernama - susulan kepada
pengumuman oleh Ketua Menteri bahawa beliau bersedia berundur daripada politik
selepas 29 tahun - yang membawa kepada ulasan yang tidak putus-putus daripada
ahli politik dan akademik.
    Dr Jeniri, yang juga seorang penganalisis politik, dipetik oleh Bernama dalam
laporan itu, sebagai berkata menjadi kelaziman bagi pemimpin lain di negeri ini
untuk mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka masih mahu Taib terus
memimpin "memandangkan masa depan politik mereka bergantung kepada beliau."
   "Semua orang tahu Taib sangat berkuasa dalam politik dan tiada siapa pun
yang berani meminta beliau supaya berundur," beliau dipetik sebagai berkata. 
    Dalam laporan itu, Dr Jeniri turut berpendapat perbincangan "hati ke hati"
antara Perdana Menteri dan Taib perlu digunakan sebagai wadah untuk memberitahu
Ketua Menteri mengenai situasi politik di peringkat akar umbi.
    Dr Khairuddin berkata, kerajaan Sarawak banyak membantu Unimas, yang
penubuhannya adalah sebahagian daripada idea dan daya usaha kepimpinan negeri.
     




Read full article>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chatbox

 
Powered by Blogger