News Categories

general politics economy sports community

Thursday, May 5, 2011

Pemburu haram ceroboh kawasan hutan Kampung Semadang

KUCHING: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Semadang, kira-kira 40 kilometer di Jalan Puncak Borneo kini terpaksa menggunakan khidmat pasukan Rela untuk berkawal di sekitar Jalan Semadang-Skio yang sedang dalam pembinaan berikutan kehadiran orang luar untuk memburu di kawasan hutan dan menangkap ikan di sungai di kawasan kampung berkenaan.

Kehadiran orang luar terbabit menakutkan penduduk kampung berkenaan terutama golongan wanita yang takut keluar ke kebun untuk menoreh
getah atau ke kebun masing-masing.

Ketua kampungnya, Samson Mangang berkata, walaupun nasihat sudah diberi tapi orang luar terbabit masih tetap datang untuk memburu dan menangkap ikan di sungai-sungai yang terdapat di sepanjang Jalan Semadang-Skio.

Menurut Samson, minggu lepas pasukan Rela yang bertugas berjaya menahan sebuah kereta yang dinaiki beberapa remaja yang membawa bersama mereka dua laras senapang patah.

“Anggota Rela yang bertugas menahan mereka dan memeriksa di dalam kereta mereka dan mendapati mereka membawa dua laras senapang patah.

“Mereka juga didapati tidak memiliki lesen kebenaran membawa senjata api. Mereka terbabit sudah diberi amaran untuk tidak lagi datang untuk melakukan kegiatan memburu dan menangkap ikan di situ,” katanya.

Samson berkata, sebelum ini juga pernah berlaku seorang pekerja sebuah syarikat kontraktor pembinaan jalan di situ diserang dan dirompak sekumpulan lelaki.

Manakala seorang penduduk kampung bekenaan pernah diugut sekumpulan lelaki apabila penduduk berkenaan menegur mereka semasa ditemui berada di kawasan hutan di kampung berkenaan untuk memburu.

Samson berkata, tindakan menugaskan anggota Rela untuk berkawal termasuk pada waktu malam adalah untuk menghalang orang luar datang memburu dan menangkap ikan.

Di samping itu, katanya, ia juga sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingin termasuk kes jenayah seperti kecurian dan rompakan.

“Saya ingin menasihatkan penduduk dari kampung lain supaya menghormati ketenteraman penduduk kampung kami dengan tidak datang untuk memburu d kawasan hutan kampung kami atau melakukan aktiviti menangkap ikan di sungai-sungai yang terdapat di dalam kawasan kampung kami,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan beragak-agak untuk mengambil tndakan undang-undang terhadap mana-mana pihak atau individu yang mengingkari arahan.

Kampung Semadang kini menjadi perhatian umum berikutan pembangunan kawasan penempatan baru bagi menempatkan penduduk dari empat buah kampung yang diarah untuk berpindah berikutan pembinaan empangan Bengoh.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chatbox

 
Powered by Blogger