News Categories

general politics economy sports community

Thursday, May 5, 2011

Ketua masyarakat mahu Taib lantik Dr Jerip anggotai kabinet

KUCHING: Ketua-ketua masyarakat Kaum Bidayuh berharap Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan memberi peluang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bengoh Dr Jerip Susil untuk menganggotai Kabinet Negeri

Pemanca Austin Dimin berkata, memandangkan masyarakat Bidayuh telah memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri 16 April lalu, jadi sewajarnya seorang lagi anak Bidayuh diberi peluang menjadi anngota Kabinet Negeri.

Pada pilihan raya lalu, BN berjaya mengekalkan kesemua enam kerusi Bidayuh, iaitu Opar, Tasik Biru, Bengoh, Tarat, Tebedu dan Kedup.

Buat masa ini, kaum Bidayuh hanya mempunyai seorang wakil sebagai menteri penuh, iaitu Datuk Sri Michael Manyin dan seorang pembantu menteri, iaitu Datuk Peter Nansian.

Austin membuat gesaan itu, semasa berucap pada majlis makan malam anjuran Kelab Ketua-Ketua Masyarakat Kaum Bidayuh bagi meraikan kemenangan Dr Jerip pada pilihan raya negeri lepas di sebuah restoran di sini, mmalam semalam.

Sementara itu, Austin menggesa ketua masyarakat kaum Bidayuh agar meneruskan kerjasama erat dengan kerajaan dan wakil rakyat untuk kebaikan dan kemajuan masyarakat yang diwakili masing-masing.

Sementara itu, Dr Jerip melahirkan rasa gembira beliau dengan kerjasama yang diberi ketua-ketua masyarakat di kawasan pilihan rayanya dan berharap akan terus mendapat sokongan dan kerjasama sedemikian bagi membolehkan beliau terus membawa pembangunan ke kawasan itu.

Dr Jerip berjaya mengekalkan kerusi Bengoh dengan majority yang lebih besar, iaitu 3, 646 undi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chatbox

 
Powered by Blogger