News Categories

general politics economy sports community

Friday, April 22, 2011

Masyarakat Bidayuh mahu Dr Jerip dan Ranum anggotai Kabinet Negeri

MASYARAKAT Bidayuh di Sarawak mahu supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud melantik kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri kaum itu dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), iaitu Dr Jerip Susil dan Ranum Mina dilantik menganggotai Kabinet Negeri.

Ranum berjaya memenangi semula kerusi Opar sementara Dr Jerip (gambar kiri) mengekalkan kerusi Bengoh.

Mereka turut menyuarakan harapan agar Ketua Menteri melantik Dr Jerip sebagai menteri penuh dalam Kabinet Negeri sementara Ranum sekurang-kurangnya sebagai pembantu menteri.

"Sudah sampai masanya Ketua Menteri menghargai sokongan padu masyarakat Bidayuh kepada Barisan Nasional dan sebagai menunjukkan penghargaan itu maka wajar kedua-dua ADUN berkenaan dilantik menganggotai Kabinet Negeri," kata seorang pemimpin kaum Bidayuh.

Setakat ini hanya Datuk Seri Michael Manyin dilantik sebagai menteri penuh sementara sebelum ini Datuk Peter Nansian dilantik sebagai pembantu menteri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chatbox

 
Powered by Blogger