News Categories

general politics economy sports community

Tuesday, May 25, 2010

Dua beradik dakwa 'diperhampa' selama 15 tahun

KUCHING : Dua beradik berketurunan Iban dari Kampung Antayan Kropok, Serian dan dua Bidayuh dari Sarawak dipercayai dipaksa bekerja tanpa menerima sebarang gaji di sebuah kedai membuat roti (kuih pau) di Puchong, Selangor.

Nasib mereka yang bagaikan hamba itu didedahkan dua adik beradik itu pada sidang akhbar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Dominique Ng semalam.

Radin Bangan dan adiknya Simon mendakwa mereka dijadikan ‘hamba’ selama 15 tahun semasa bekerja di sebuah kilang roti di Puchong, Selangor tanpa dibayar walaupun sesen gaji.

Radin dan Simon berkata, mereka dibawa bekerja di kilang tersebut selepas dijanjikan pendapatan lumayan RM2,000 seorang oleh seorang ejen pekerjaan dari Kuching.

Mereka mendakwa setiap kali mereka meminta upah, bos mereka akan mempersoalkan kenapa mereka perlu meminta banyak wang.

Mereka juga mendakwa tidak pernah keluar dari asrama pekerja kilang tersebut yang menempatkan tujuh pekerja termasuk mereka berdua, tetapi mengaku diberi makan dan minum yang mencukupi selain tempat tinggal yang selesa .

Katanya, mereka dipaksa bekerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang, dan berhenti rehat untuk makan malam dan kemudiannya meneruskan kerja sehingga jam 10 malam.

Malah semasa cuti umum dan selama tempoh 15 tahun mereka tidak pernah bercuti walaupun sehari.

Bagaimanapun, mereka berkata tidak pernah bertindak melarikan diri dari asrama pekerja yang didiami seperti rakan-rakan mereka yang lain.

Jelas mereka, hanya terdapat tujuh orang pekerja di kilang terbabit, iaitu tiga Cina, dua Bidayuh dan mereka dua beradik.

Mereka menarik nafas lega apabila berpeluang meraikan perayaan Gawai Dayak bersama keluarga mereka di kampung pada 1 Jun ini.

Ayah kepada dua beradik itu, Bangan Jelian, 60, berkata pernah cuba untuk pergi berjumpa dengan anak-anaknya dalam tahun 2007, namun gagal menjumpai mereka.

Katanya, beliau hanya dibenarkan bercakap kepada pengurus kilang terbabit.

Bangan, bagaimanapun diberitahu agar tidak terlalu risau dan kemudiannya diarah beredar dari kilang tersebut.

Dua beradik itu kembali ke Kuching pada 12 Februari lepas, iaitu sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Tambang kapal terbang mereka telah dibayar oleh majikan dan apabila mereka meminta gaji, mereka hanya diberi 'ang pau' bernilai RM500.

Semalam, ditemani Dominique Ng, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Sentral di sini.



Read full article>>

Friday, May 21, 2010

Taib dakwa negara 'lingkup' jika DAP berkuasa

KETUA Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang menyambut ulang tahun hari jadi beliau hari ini berkata, Malaysia boleh menjadi 'lingkup' jika DAP memerintah negara ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta oleh pemberita di Kuching untuk mengulas dakwaan DAP yang mengatakan kerajaan BN korup.

Read full article>>

Another DAP's reprsentative expected to be suspended

AFTER DAP's Chong Cheng Jen and PKR's Dominque Ng was suspended from attending the State Legislative Assembly sittings for a period of one year effecting last Wednesday, another DAP's elected representative is expected to face the same punishment.

Meradong assemblywoman Ting Tze Fui was referred to the legislative assembly’s Privileges Committee for failing to withdraw her allegations against the government outside the proceedings.

Second Finance Minister Dato Sri Wong Soon Koh said Ting had committed a breach of privilege by violating Standing Order 32 (6) for alleging that millions and millions of ringgit were unaccounted for, during a debate on the state budget on Nov 12, last year.

A motion tabled by Wong during the State Lagislative Assembly sitting today was approved by the members from the BN's coalition.


Read full article>>

Pengantungan ADUN PKR dan DAP dikutuk

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Dominque Ng (PKR) dan ADUN Sentosa Chong Chieng Jen (DAP) digantung daripada menghadiri persidangan DUN selama sebulan berkuat kuasa Rabu lalu.

Ia keputusan dan tindakan yang mendapat kritikan hebat di kalangan rakyat Sarawak. Ramai berpendapat tindakan itu terlalu keras.

"Kalau pengantungan enam bulan itu munasah dan boleh diterima rakyat," kata seorang ahli politik tempatan.

Sementara Khamis lalu, Ng yang cuba untuk memasuki pekarangan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak dihalang sehingga berlaku pergelutan antara Ng dan pengawal keselamatan.

Ia satu lagi tindakan yang dianggap tidak perlu kerana Ng bukannya datang untuk menghadiri persidangan sebagai anggota DUN, tetapi sekadar mahu berada di galeri awam untuk mengikuti perjalanan persidangan.

Pengerusi PKR Negeri, Baru Bain pada persidangan akhbar hari ini mengutuk pengantungan Ng dan Chong itu.

Menurut Baru, tindakan itu seperti kerajaan cuba menghukum parti pembangkang tetapi dalam yang sama dianggap satu perbuatan untuk menafikan suara dan perwakilan rakyat.

Sementara itu, Baru berkata PKR akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (MACC) terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun atas tuduhan cuba merasuahkan pengundi di Rejang Park pada malam sebelum pilihan raya kecil kerusi Parlimen pada 16 Mei lalu.

Baru berkata, ucapan Perdana Menteri yang berbunyi “Let’s make a deal. You help me, I help you,” (Mari kita buat perjanjian. Anda bantu saya, saya bantu anda) adalah sesuatu yang tidak seharus berlaku.

Beliau mendakwa pilihan raya kecil itu penuh dengan kejadian dan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang pilihan raya, ditambah pula dengan taktik kotor BN.

Baru menambah, apa yang amat dikesali ialah berlaku undi pos berlebihan serta kelewatan yang berlaku ketika penjumlahan undi pos.

Sementara itu, pemimpin-pemimpin BN Sarawak menyifatkan tindakan Ng yang cuba memasuki kawasan Bangunan DUN sehingga berlaku pergelutan antara beliau dan pengawal keselamatan Bangunan DUN sebagai publisiti murahan yang cuba untuk mendapat perhatian ramai.


Read full article>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chatbox

 
Powered by Blogger